Wednesday, April 2, 2008

"Geologist" dan Da'ie

Bismillahirahmanirrahim

Dakwah , satu perkataan yang boleh kita korelasikan dengan sebuah pendakian . (91:11 ) . Susah ker nak mendaki ? bagi ana ia suatu yang menarik dan mencabar . Kerja2 kerja penadakian ini sebenarnya suatu yang sangat menyeronokkan . mana tak nyer dapat melihat alam , mandi manda di air terjun, cabaran gelapnya malam dan cabaran binatang yang hidup di dalamnya terutamanya pacat dan nyamuk2 . Dan kegembiraan yang paling seronok adalah apabila berada di puncaknya . Masyaallah . Merentas sungai , memanjat cerun licin , jatuh , kejang , luka dan kepenatan itu suatu yang manis bila di kenang tapi pahit ketika melalui nya . semua itu patut di lalui untuk sampai kepuncak .

Pendakian yang paling menyeronokkan apabila bersama rakan2 . Sebab susah senang sama2 . Kalo penat berhenti jap kat air terjun, makan . Kalau ada yang sakit kita papah , dan kita perlahankan langkah untuk berikan sokongan dan temani dia agar tidak rasa di tinggalkan. Tapi yang paling sedih apa bila ada dikalangan kawan2 yang tidak mahu meneruskan perjalanan ke kemuncaknya . Tidak dapat bersama2 menikmati nikmat berada di puncak . Sebabnya dia sendiri tidak larat , atau pun tidak sanggup untuk terus dicabar dengan kesusuhan bermalam di hutan yang sejuk dan ketidaksedapan makanan yang akan di makan sepanjang perjalanan. Almaklumla bekalan makanan yang di bawa sangatlah minim agar kita tidak terbeban dengan bekalan itu sendiri. Mgkn berada di luar hutan itu lebih baik baginya .

Satu nilai bila ana pergi fieldwork ataupun jungle tracking bersama2 member , nilai kerjasama , walaupun mereka sendiri tidak belajar dan dapat bahan ukhuwah , tapi sikap mereka seolah2 telah mendarah daging nilai ukhuwah itu. Yang bersungguh2 memberi semangat pada yang lemah , yang kuat memberi tenaga membatu yang lemah dan sama2 menanggung dalam membuat keputusan dalam pemilihan track ataupun laluan . itu yang akhirnya kami sama2 dapat memetakan kawasan tersebut yang berpuluh kilometer persegi dengan jayanya.Berpanas , berhujan semuanya bersama tanpa payung . bagi ana inilah pengalaman yang paling menyeronokkan dan mencabar kerana inilah tugas sebenar seorang geologist .

Semuanya ini ana nak comparekan kita sebagai seorang daie yang mana kita akan mendaki gunung hubbu dunia , meredah hutan masyarakat , mengharung sungai2 kejahilan . kesemuanya kita akan hadapi nya dengan penuh optimis dan ketenangan serta kesabaran walaupun pahit sebab seorang daie jiwanya besar ,sukakan cabaran . Malahan cabaran yang kita akan hadapi jauh lebih besar dari sekadar sebuah pendakian gunung . kerana dengan cabaran dan kesulitan serta kesusahan daie terus mandiri , dan dengan keperitan di bernafas dan dengan fitnah ia terus berevolusi ke arah kemajuan tertinggi . Akhirnya kalau seorang geologist setelah merentas hutan dia akan berhasil memetakan kawasan dengan ciri2 geologi ,tetapi seorang daie dia akan memetakan kawasan yang dilaluinya dengan kalimah lailahaillallah .

Dalam perjalanan sebuah pendakian seorang daie pasti dia tidak akan keseorangan ,kerana hidupnya ukhuwah. Malahan dalam mengharungi cabaran ini pasti kalau kita seorang yang hidup ‘berjemaah’ pasti lebih tenang dan optimis kalau di bandingkan ukhuwah yang ana bina hanya sekadar di fieldwork .kerana ukhuwah itu di bina atas alasan duniawi , tapi ukhuwah yang dibina di atas jalan dakwah pastinya atas dasar iman yang jauh lebih murni dan hakiki . Pastinya kita lebih tenang ya lebih tenang dan pasti tenang sekiranya ukhuwah kita kerana ALLAH . Kalau itu belum di perolehi mari kita dalamkan iman , luruskan niat .

Tetapi dalam pendakian itu pasti dia akan menghadapi fenomena ‘saqata’ nya rakan2 seperjuangan . Di sinilah nilai ukhuwah dan stamina (iman) yang kita bina sejak di base camp akan teruji sebab pendakian ke puncak akan semakin curan , tekanan semakin extreme . Stamina dan bekalan iman perlu disiapkan agar boleh menampung ketika lemahnya semangat berkurangnya tenaga .Berehatlah sejenak di pertengahan jalan sambil menikmati pemandangan dan nikmat yang Allah berikan kerana inilah pertolongan dan nikmat yang Allah berikan kepada daie . tetapi jgn terlalu lama dan asyik kerana itu hanya persinggahan , ambil apa yang perlu .

Ana menulis ini sebagai satu coretan rasa sempena gugurnya anak halaqah ana dari jalan dakwah ini. Tapi satu yang paling penting yang perlu kita review dan muhasabah adalah ibrah yang allah nak sampaikan pada kita. Memang biasa ikhwah atau akhwat kita berguguran atau ‘keluar’ halaqah kerana itu sunnatullah untuk membersihkan saff dakwah , macam jugak mati itu perkara biasa pasti ada yang akan mati ; tapi nilai di sebalik kematian itulah dimana yang orang2 masih hidup perlu menilai kembali dan mengambil ibrah di sebaliknya.so apabila anak halaqah kita keluar , beguguran adakah kita hanya mengatakan ini perkara biasa?? Memang ia perkara biasa tetapi pengajarannya dan ibrah nya luar biasa bagi siapa yang mahu mengambil pelajaran .

Waallahualam

Tulisan: Ukht Islahi