Thursday, June 12, 2008

Pengaruh...

:: Bismillah walhamdulillah...
Demam bola kini kembali menjelma. Euro 2008 mula menarik minat setiap individu di malaysia khususnya terutama kaum lelaki. :ayuk: bukan total salah menonton TV, namun hakikatnya, menonton TV banyak mengundang mudhorat daripada manfaat. Ayuh lihat saja dalam perlawanan bola sepak. Dengan pakaian yang tidak menutup aurat, penonton yang sekali-sekala muncul di kaca TV dengan pakaian yang begitu 'sakit mata', dan juga iklan-iklan yang tak pernah lari daripada menggunakan para wanita sebagai daya penarik.

'Anak Yang baru mengenal dunia'
Baru-baru ini saya sempat beriadhah di padang berhampiran rumah mertua saya.:senam: Main badminton bersama zauj, anak dan adik-adik ipar. di hujung padang terdapat kanak-kanak kurang 13 tahun sedang bermain bola sepak. jelasnya, kaum india bertarung dengan bangsa melayu. Yang paling ketara, dalam setiap minit, pasti ada maki hamun yang dikeluarkan oleh kanak-kanak melayu. :yawn:Kanak-kanak india, wallahua'lam, ana x faham bahasa mereka. Cuba fikirkan, sejauh mana selamatnya anak kita daripada lingkungan masyarakat yang begitu. bukan saja keluar bersosial tidak selamat dengan gejala-gejala yang buruk, bahkan di rumah juga mungkin boleh terpengaruh dengan TV yang sentiasa terpasang di ruang tamu rumah kita.

Sebenarnya, agak nger melihat keadaan kanak-kanak terutamanya yang berada dalam masyarakat sekarang. Ngeri bukan kerana wajah mereka, tetapi, sikap mereka yang sudah pandai maki hamun, sombong dan cakap kotor di khalayak ramai. Mereka juga nanti akan menjadi sebahagian daripada rakan sekelas kepada anak-anak kita nanti. Na'uzubillah....:konslet:

Dalam konteks ini ana lihat, lebih baik untuk menjalankan homeschool kepada anak-anak ana kelak. Juga tanggungjawab kita semua dalam menyampaikan dan berda'wah kepada masyarakat supaya mereka lebih dekat dengan Islam. Para ibu, ziarahlah jiran-jiran berhampiran rumah kita. :ngacir:Cubalah untuk menyampaikan fikrah yang Islami pada mereka agar mereka turut menyampaikan fikrah Islami pada anak-anak mereka...

Wallahua'lam...
ummu_abdullah